Wednesday, December 14, 2011

Ayat quran sebagai doa


1.Supaya anak-anak pandai belajar, baca surah Al-Anbiya' ayat 79 selepas solat Subuh sebanyak 10 kali dan diikuti doa
doa minta anak pandai

"Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak): dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu."

2.Sewaktu anak-anak bergaduh, baca surah Al-Baqarah ayat 102

3.Supaya anak-anak lembut hati dan elakkan panas baran, baca surah A-anbiya' ayat 69, juga surah Al-Hasyar ayat 22 - 24


sura al hashr ayat 22
surah al hashr ayat 23

Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (22)
Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.(23)
Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana. (24)

4.Anak-anak malas ke sekolah/solat, baca surah Taha ayat 1 - 5.
surah Taha ayat 2, doa pada anak
doa ibu pada anaknya
doa bapa pada anak
doa ibubapa pada anaknya

Taha.(1)Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.(2)
Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah.(3)
(Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.(4)
Iaitu Allah Ar-Rahmaan yang bersemayang diatas 'Arasy.(5)

Penawar untuk anak

1.Baca surah Al-FatihahSurah Taha ayat 1-5, diikuti doa nabi Daud 3 kali. Doanya "Ya Allah lembutkanlah hati anakku (sebut namanya) sepertimana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu,hembus pada susu

2.Membantu anak mudah belajar baca zikir Ya Latif 129x diikuti surah As-Syura ayat 19 yang bermaksud "Allah maha lembut pada hambaNYA. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dia kehendaki dan Dia lah yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa.

3.Baca surah Al-Insyirah sewaktu menemani nak-anak belajar

4.Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa dari Surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud " Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah iman kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya"

5.Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud " Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.

6.Amalkan surah Ibrahim ayat 40 yang bermaksud "Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, zan zuriat keturunanku. wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.

Amalan baik untuk anak

1.Baca 'Ya Latif' 7x dan hembuskan ke ubun-ubun sewaktu mereka tengah tidur

2.Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk

3.Banyak berdoa kepada Allah minta dilembutkan hati anak-anak

4.Bila bangun pagi, peluk anak, usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati

5.Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Lakukan setiap malam ketika anak-anak dalam keadaan baru hendak tidur. Ketika ini otak mereka sedang berada dalam separa sedar dan mudah merakam apa yang kita lafazkan

Tuesday, December 6, 2011

Doa sempurna hajat & lembutkan hati

Kongsi ilmu dari nenek...

Nenek pesan lepas semayang maghrib..klu boleh jgn tgglkan solat sunat akhir maghrib.. 
rakaat pertama Al fatihah & 'Qul Ya..'
rakaat kedua Al fatihah & 'Qul huwallah..'
then trus sambung ngan semayang hajat...

Bacaan mcm biasa..cuma lepas bg salam suma..baca
  1. Ya Latiff  (90 kali)
  2. Ayat-19 surah As Syura (19 kali)

Untuk lembutkan hati anak2...
Ulang 19 kali gak dan tiup pada rambut anak yang dicabut ketika anak tido 

InsyaAllah...akan diamalkan..moga dipermudahkan segala urusan, dimakbulkan segala hajat..